Tafsiran falsafah dan agama Letupan_Besar

Terdapat beberapa tafsiran tentang teori Letupan Besar. Sebahagian idea ini bertujuan untuk menerangkan sebab Letupan Besar itu sendiri (sebab utama), walaupun sains tidak mungkin dapast menunjukkan sebab utama, maka mereka telah dikritik oleh ahli falsafah semula jadi sebagai mitos penciptaan moden. Terdapat juga yang percaya teori Letupan Besar menyokong pandangan tradisi sedangkan yang lain percaya yang teori Letupan Besar tidak berpadanan dengan pandangan sebegitu.

Letupan Besar, sebagai teori saintifik, tidak berasaskan mana-mana agama. Sambil sesetengah tafsiran agama bertentangan dengan cerita Letupan Besar, terdapat juga tafsiran yang berpadanan.

Berikut adalah tafsiran pelbagai agama tentang teori Letupan Besar:

  • Sesetengah sarjana Islam percaya yang al-Qur'an selari dengan Letupan Besar dalam hal penciptaan seperti berikut:
"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman" (21:30). Terdapat juga dakwaan mengatakan al-Qur’an menyatakan tentang pengembangan alam semesta: "Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi) dan Kami benar-benar meluaskannya." (51:47).Juga selari dengan Runtuhan Besar dan alam semesta yang berulang: "(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya." (21:104).
  • Beberapa gereja Kristian, Gereja Katolik Rom terutamanya, menerima Letupan Besar sebagai sesuatu yang mungkin bagi asal-usul alam semesta dan mentafsirkannya sebagai membenarkan sebab utama. Paus Pius XII adalah penyokong Letupan Besar walaupun sebelum teori itu masih belum dikukuhkan secara saintifik.
  • Sesetengah cabang Hindu, seperti Vaishnavisme, membayangkan teori penciptaan sama dengan teori Letupan Besar. Mitos Hindu, terkarang sebagai contoh buku ketiga Bhagavata Purana (bab 10 dan 26), menerangkan keadaan asal adalah meletus sebagai Vishnu lalu bertukar kepada keadaan aktif jirim ("prakriti"). Sebahagian mazhab Hindu lain menyatakan alam semesta ini tiada permulaan atau penghujung.
  • Kepercayaan Buddha mempunyai konsep alam semesta yang tiada penciptaan tetapi terus-menerus dalam ulangan pengembangan, penstabilan, pengecutan dan tidak aktif. Letupan Besar tidaklah bertentangan dengan memandangkan terdapat cara untuk memperoleh alam semesta abadi ketika paradigma. Beberapa ahli falsafah Zen yang terkenal berminat akan konsep alam semesta yang berulangan.

Rujukan

WikiPedia: Letupan_Besar http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1511/is... http://www.historyoftheuniverse.com/ http://news.nationalgeographic.com/news/2006/03/03... http://skyandtelescope.com/news/article_1697_1.asp http://cosmology.berkeley.edu/Education/IUP/Big_Ba... http://www.submm.caltech.edu/cso/ http://cfa-www.harvard.edu/seuforum/bigbanglanding... http://www.nap.edu/books/0309093139/html/136.html http://www.ncsu.edu/felder-public/kenny/papers/cos... http://www.sabanciuniv.edu/do/eng/?PodCast/PodCast...